Danone Nations Cup...
 
Danone Nations Cup merupakan acara terkemuka di dunia bagi pertandingan bola sepak antarabangsa untuk peringkat umur 10 – 12 tahun. Pertandingan akhir Danone Nations Cup diiktiraf oleh FIFA dan French Football Federation dan ditaja oleh bintang bola sepak Zinedine Zidane.
 
Danone Nations Cup diasaskan dengan 4 nilai utama iaitu:
Sifat Terbuka,
Keseronokan Permainan,
Keadilan
dan Kemudahan Penglibatan.
 
Semenjak edisi pertama pada tahun 2000, Danone Nations Cup telah menolong lebih dari 10 000 000 kanak-kanak mencapai impian mereka. Pasukan terbaik dari 40 negara akan bertanding di Pertandingan Akhir Antarabangsa di hadapan lebih kurang 30 000 penonton.
 
Pada tahun 2006, Reunion Islands muncul sebagai juara. Tahun ini, Malaysia akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk kali pertamanya. Danone Nations Cup bukanlah hanya satu pertandingan bola sepak tetapi juga merupakan peluang untuk kanak-kanak berjumpa, tinggal bersama dan berkenalan dengan kanak-kanak dari negara dan budaya yang berlainan.
 
Jumpa lagi pada bulan Mei 2007 untuk mengetahui siapa yang akan menjadi juara seterusnya.
 
Danone Malaysia
DNC FOOTBALL
DENGAN SOKONGAN
NEGARA-NEGARA